Influenza A (H1N1)

•July 30, 2010 • Leave a Comment

Influenza A (H1N1)

ABSTRAK

Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak.  Selesema babi yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.

PENGENALAN

Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.

Apakah Virus Influenza A (H1N1)?

Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.
Adakah Terdapat Jangkitan Demam Virus Influenza A (H1N1) di US?

Pada akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus  ini (H1N1) terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa. (Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus di Amerika Syarikat boleh di dapati di http://www.cdc.gov/swineflu/investigation.htm. Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC – Centers for diseases control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang bekerjasama dalam menyiasat situasi ini).
Adakah Virus Ini Berjangkit?

CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun  masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?

Simptom Virus Influenza A (H1N1)  ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.

Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.
Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?

Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.

Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?

Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain  bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.
Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?

Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat.  Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?

CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini.  Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.

Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan  dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).
Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?

Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?

Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan?

Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?

Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:
• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?

• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin.
• Jangan pergi ke sekolah;
• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.
Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?

Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.
Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?

Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.

Jika anda sakit anda perlu:-

• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;

Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-

• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.
Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?

Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius  dan satu kematian.
Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?

• Tidak.
Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.

TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN

• Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-
i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.
ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.
iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.
iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.

• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.

• Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.

• Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.

• Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.

• Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian http://www.moh.gov.my

Sumber : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
• Pusat Pencegahan dan Kawalan Wabak  Amerika   Syarikat (US Centers of Diseases Control and    Prevention)  atau CDC
• Akhbar-akhbar Utama Tempatan

Talklimat NIOSH

•July 27, 2010 • Leave a Comment

MERCK

•May 14, 2010 • Leave a Comment

Merck Sdn Bhd was incorporated on 23rd January 1989 and represents Merck KGaA of Darmstadt, Germany, which is the oldest pharmaceuticals and chemical company in the world.
Merck Sdn Bhd is engaged in the marketing of Pharmaceuticals, Consumer Health Care products and Laboratory and Specialty Chemicals. It represents the two divisions Merck Serono and Consumer Health Care as well as the business sector Chemicals.
Through our mission, the successful growth of our business is based on trusting relationships with our customers and business partners and our belief in long-term partnerships and business development. We are determined to consistenty improve and innovate in order to continuously excel in product and service efficiency.

How much is SAFETY worth?

http://www.4shared.com/document/kSNnMpq1/Consequences.html

The Globally Harmonized System of Classification and Labelling of Chemicals (GHS)

http://www.4shared.com/document/iAyyc4s8/GHS_briefing_for_customers.html

Reagents and Chemicals

http://www.4shared.com/document/Q84aFdTZ/Safety_With_Merck_2010.html

Health Hazard Awareness programme 13102009

•October 27, 2009 • Leave a Comment

CH0003

CH0035

CH0002

CH0004

CH0005

CH0009

CH0011

CH0020

CH0021

CH0022

CH0023

CH0028

CH0030

CH0031

Pelupusan Bahan Kimia 04022009

•October 27, 2009 • Leave a Comment

CH0015

CH0013

CH0038

CH0020

CH0016

CH0030

CH0040

CH0042

CH0043

Aktiviti Fire Drill 22042009 JKKPPHKBangi bersama Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia

•October 23, 2009 • Leave a Comment

a) TATACARA FIRE DRILL

i)       Draft akhir

(a)  Ahli PPHK

(i)    Bunyi loceng

(ii)  Jerit api api

(iii)  Bergerak ke Titik Berkumpul melalui tangga hadapan

(iv) Berbaris dalam satu barisan mengikut aras

(b)  Ketua insiden (Asyik)

(i)    Tugas

  1. Dapatkan walkie talkie, penanda, hailer dan vest – Bilik kawalan
  2. Terima Laporan Ketua Aras
  3. Buat Laporan Kepada Bomba

(ii)  Pembantu ketua Aras (AJK KECEMASAN)

  1. Panggilan bomba 03-89254444 (Sue and Fida)
  2. Kawalan lalu lintas (Pengawal, Hakim and Hadi)
    1. Larangan org masuk
    2. Laluan Jentera Bomba
    3. Laluan Motor Bomba

(c)   Ketua aras

(i)    Check aras utk pantau kebakaran dan mangsa

(ii)  Pergi ke tempat berkumpul

(iii) Ambil kedatangan ahli aras dan masa kedatangan

(iv) Buat laporan kepada Ketua Aras

IMG_0813

IMG_0818

IMG_0793

IMG_0796

IMG_0802

IMG_0809

IMG_0807

KESELAMATAN SEMASA KEBAKARAN.

•July 16, 2009 • Leave a Comment

KESELAMATAN SEMASA KEBAKARAN.

Kebakaran boleh menyebabkan bencana besar dan kehilangan nyawa di bangunan-bangunan seperti pejabat, hotel, pusat membeli belah, hospital, sekolah dan rumah. Bencana sedemikian boleh dicegah jika amalan keselamatan semasa kebakaran yang baik dilaksanakan.

Pencegahan yang terbaik ialah dengan menghapuskan bahaya kebakaran. Oleh itu, sebagai rakyat yang bertanggungjawab, anda perlu tahu apakah bahaya kebakaran dan apakah yang harus dilakukan untuk menghapuskannya dari berlaku dirumah atau tempat kerja anda.

Sekiranya anda mendapati ada kebakaran, anda boleh melaporkannya kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia atau Bomba dan Penyelamat Malaysia.

 

Api hanya akan bermula jika terdapat ketiga-tiga punca iaitu haba, oksigen dan bahan bakar.

Punca-punca haba termasuk percikan api, api yang menyala, kuasa elektrik dan besi panas. Bahan mudah bakar seperti suratkhabar, langsir, pakaian, dan perabot adalah tergolong dalam bahan bakar selain minyak tanah atau petrol.

Minit Mesyuarat Bil 1/2009

•July 15, 2009 • Leave a Comment

MINIT MESYUARAT AHLIJAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KEBAKARAN PUSAT PENYELIDIKAN HILIRAN KOKO, LEMBAGA KOKO MALAYSIA BANGI BIL 1/2009

Tarikh   :   29 Januari 2009

Masa       :   3.00 petang

Tempat  :   Bilik Seminar, PPHK Bangi

Hadir               :

En. Fisal Ahmad                                        –           Pengerusi

Pn. Rosni Rejab                                          –           Timbalan Pengerusi

En. Purnomo Sunarto                              –           Setiausaha

Pn. Hasnita Jaafar

En. Amirul Azri Azmi

En. Mohd Asyik Osman

En. Muhammad Nadzri Ibrahim

Cik Nor Haslita Ibrahim

En. Zaidi Zakaria

Cik Siti Azriena Azmi

Pn. Rasma Suzielawanis Ismail

En. Hasmadi Hassan

En. Mohd Hakim Sumeri

Tidak Hadir  (dengan maaf)    :

En. Mohammad Sazmi Selamat

Pn. Maizatul Azura Mohd. Yusof

Pn. Azila  Abdul Karim

Pn. Nur Azilah Abdullah

Pn. Suhana Mohd. Shariff

Agenda

1.0 Ucapan Pengerusi

–                     Pengerusi mengalu-alukan ahli jawatankuasa yang hadir.

–                     Pengerusi membuat pembentangan/penerangan bagi setiap unit    yang telah dirangka serta tanggungjawap setiap ahli.

2.0 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu.

Pn. Hasnita telah mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong oleh En. Zaidi.

3.0 Isu-isu berbangkit.

a. Isu Parking Kenderaan

Jawatankuasa juga akan merujuk kepada TNB berkenaan status meletakkan kenderaan di hadapan bangunan janakuasa TNB.

Tindakan : Pengerusi dan Zaidi

Diputuskan juga dikuatkuasa kepada kenderaan yang tidak mempunyai stiker LKM tidak akan dibenarkan masuk ke kawasan PPHK Bangi.

Tindakan : Pengerusi dan Zaidi

b. Fire Drill

‘SOP’ untuk ‘Fire drill’ telah siap dan akan dijalankan mengikut jadual, En. Nadzri dan ahlinya akan berhubung dengan pihak bomba untuk membuat perbincangan serta mendapatkan tarikh yang sesuai untuk menjalankan aktiviti ‘fire drill’.

Tindakan : En. Nadzri

c. Papan Kenyataan/aktiviti

Papan kenyataan keselamatan telah disediakan oleh pihak pengurusan, pengerusi meminta semua unit berhubung dengan unit perhubungan untuk membuat pengisian yang berkaitan dengan aktiviti pasukan keselamatan dan kebakaran PPHK Bangi.

Tindakan : Unit Perhubungan dan semua unit

4.0 Ringkasan takwim sepanjang tahun 2009

Suku pertama   – Jan hingga April 2009

–           Mesyuarat Pertama

–           Aktiviti Kecemasan

–           ’Fire Drill’

–           Pelan tindakan keselamatan

Suku Kedua     – Mei hingga Ogos 2009

–           Mesyuarat kali ke dua

–           Keselamatan Bangunan

–           Taklimat JKKP

–           Audit JKKP

Suku Ketiga     – Sept hingga Disember

–           Mesyuarat ketiga

–           Keselamatan Bahan Kimia

–           Minggu Keselamatan

–           ’Spring Cleaning’

–           Mesyuarat Post Moterm

5.0 Lain Lain hal.

–                     En. Nadzri menyarankan agar setiap ahli mematuhi undang-undang serta menjadikan unit keselamatan dan kebakaran sebagai teladan dan contoh yang baik.

–                     Pengerusi juga mengeluarkan hasrat agar pada hujung tahun ini, pasukan keselamatan akan menerbitkan buku keselamatan dan kebakaran PPHK Bangi yang merangkumi peraturan Am, ’SOP Fire Drill’, Pelan tindakan keselamatan, Keselamatan Bangunan, Keselamatan Bahan Kimia, ’First Aid dan sebagainya.

–                     Pengerusi juga akan menghantar ahli-ahli untuk menjalankan latihan berkaitan dengan teknik menyelamat dan latihan paramedik.  

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Disediakan Oleh

Purnomo Sunarto

Setiausaha

Jawatankuasa Keselamatan  Keselamatan dan Kebakaran PPHK Bangi

Disemak Oleh

Fisal Ahmad

Pengerusi

Jawatankuasa Keselamatan  Keselamatan dan Kebakaran PPHK Bangi

KECEDERAAN SEMASA BERSUKAN

•July 12, 2009 • 2 Comments

Kebanyakan sukan tidak terlepas daripada kecederaan. Kecederaan semasa bersukan adalah pelbagai mengikut jenis sukan dan mekanisme kecederaan tersebut. Walau bagaimanapun kecederaan adalah biasa semasa bersukan.

Apakah penyebab kecederaan yang biasa berlaku semasa bersukan?

  • Pertembungan di antara satu sama lain
  • Hentakkan secara langsung daripada pihak lawan atau peralatan bersukan
  • Jatuh
  • Aktiviti sukan atau latihan yang berlebihan

Apakah jenis-jenis kecederaan semasa bersukan?

  • Luka-luka
  • Hentakan
  • Terkehel/tergeliat
  • Ketegangan
  • Terseliuh
  • Patah tulang

Apakah jenis kecederaan yang jarang berlaku semasa bersukan?

  • Kapsul sendi koyak
  • Konklusi otak akibat hantukkan
  • Kecederaan dalam abdomen
  • Patah/terseliuh pada tulang dan sendi – sendi

Apakah perbezaan di antara terseliuh dengan ketegangan?

Terseliuh merujuk kepada ketegangan yang berlaku di ligamen, manakala ketegangan merujuk kepada ketegangan di otot. Kekoyakan otot adalah satu bentuk ketegangan.

Apakah tanda dan gejala kecederaan semasa bersukan?

  • Sakit – di tempat yang cedera
  • Bengkak – di tempat yang cedera
  • Lebam – kebiruan di tempat kecederaan
  • Kecacatan struktur – contoh : kecacatan di tempat kecederaan ( seperti terseliuh dan patah)
  • Kecederaan fungsi – contoh: bahagian yang tercedera tidak dapat berfungsi seperti biasa. (seperti patah,beralih daripada tempat asal dan kekoyakan pada sendi)
  • Sakit kepala – dalam kes kena pukul atau kecederaan otak akibat hantukkan
  • Pening – terjadi semasa kecederaan otak
  • Loya dan muntah – biasa berlaku berikutan kecederaan otak

Adalah diingatkan mungkin terdapat satu atau lebih tanda dan gejala sekiranya mendapat kecederaan semasa bersukan.

Apa yang harus dilakukan sekiranya mengalami kecederaan semasa bersukan?

Terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti dan selamat dipraktikkan, walau bagaimanapun, jangan mengambil mudah sesuatu perkara kerana ini boleh mendatangkan bahaya. Jika terdapat sebarang keraguan dapatkan khidmat pakar perubatan yang profesional!

Prinsip asas ialah RICE.

R ‘R’ Untuk Rest‘ bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan rehatkan bahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.
I I’ UntukIce. bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera. Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh mengehadkan pendarahan dan proses bengkak. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit.
C ‘C’ Untuk Compression. bermaksud memberikan tekanan. Balut bahagian yang tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakin kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.
E ‘E’ Untuk Elevation bermaksud ampu sedikit tinggi. Ampu bahagian yang tercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkan bengkak/edema. Anda dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap mungkin.

Bagaimana menggunakan ais bagi membantu merawat kecederaan semasa bersukan?

Masukkan ketulan ais ke dalam beg plastik atau beg ais dan tekap bahagian yang tercedera. Beg plastik mudah mengikut bentuk kebanyakan sendi-sendi. Ini dipanggil Cold Compression. Untuk mengelakkan kulit melecur, sapukan minyak zaitun atau minyak kelapa di bahagian terlibat sebelum meletakkan ais. Jika berada di rumah, bagi kecederaan kecil, gunakan air bagi menggantikan ketulan air.

3 jam pertama
  • Lakukan Cold Compression selama 10 – 15 minit setiap setengah jam
48 jam yang berikut
  • Lakukan Cold Compression sebanyak 4 – 5 kali sehari selama 15 – 20 minit
Selepas 48 jam
  • Kompresi panas mungkin boleh digunakan

Peringatan: Mesti dapatkan khidmat rawatan perubatan jika terdapat

  • Tanda-tanda seperti kesakitan, bengkak dan kebiruan menjadi lebih teruk selepas 24 jam
  • Dapatkan rawatan perubatan untuk mengesan bahagian yang patah dan terseliuh
  • Kecacatan struktur yang jelas
  • Sakit semasa tidur
  • Tidak dapat melakukan aktiviti yang biasa
  • Sakit kepala, pening, loya atau muntah di mana ianya semakin serius/teruk. Dapatkan rawatan segera di hospital
Bagaimana cara untuk mencegah kecederaan semasa bersukan?

Langkah-langkah yang penting ialah:

  • Gunakan peralatan yang sesuai mengikut saiz dan berpadanan dengan jenis sukan seperti topi keledar untuk menunggang, meluncur atau menggunakan papan luncur
sukan
  • Gunakan alat pelindung yang lengkap semasa pertandingan dan latihan. Digalakkan menggunakan alat pelindung mata (goggle) ketika di padang atau gelanggang. Alat pelindung mulut juga perlu digunakan untuk melindungi mulut, gigi, lidah semasa aktiviti sukan seperti hoki, bola keranjang dan sukan tinju
  • Guna alat pelindung untuk pergelangan tangan, siku dan lutut semasa aktiviti sukan meluncur skateboard atau in-line skate
  • Gunakan kasut yang sesuai untuk mengelakkan tersadung dan terjatuh
  • Sentiasa memanaskan badan dahulu sebelum bersukan
  • Elakkan diri dari bersukan sekiranya anda baru pulih dari kecederaan atau selesema
  • Sentiasa mengikut peraturan semasa bersukan, di mana ia boleh melindungi anda dari kecederaan
  • Gunakan teknik yang betul yang telah diajar oleh jurulatih anda

Semakan akhir: 14 Julai 2006

KECEDERAAN

•July 12, 2009 • Leave a Comment

Kecederaan adalah salah satu punca masalah perubatan yang sering berlaku. Ia melibatkan
semua kumpulan umur dan menjadi antara penyebab utama kemasukan ke hospital kerajaan
serta penyebab kematian di negara kita.
Kecederaan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kecederaan akibat kemalangan
yang tidak disengajakan disengajakan dan kecederaan yang disengajakan.

Penyebab utama kecederaan disebabkan oleh kemalangan yang tidak disengajakan ialah :

• Kemalangan jalan raya
• Terjatuh
• Keracunan
• Terbakar
• Tenggelam dalam air

Penyebab utama kecederaan yang disengajakan ialah:
• Pergaduhan/diserang/jenayah keganasan dan pembunuhan
• Mencederakan diri sendiri seperti cuba membunuh diri

Kecederaan Kepala

Trauma dikepala boleh mengakibatkan kecederaan otak akibat dari:
• Hentakan yang kuat secara langsung
• Hentakan yang kuat secara tidak langsung
Kebanyakan kecederaan kepala adalah kecederaan ringan. Tetapi kecederaan kepala yang
teruk mengakibatkan
• Kecederaan otak yang teruk apabila berlaku pendarahan dalam otak
• Bengkak pada tisu otak
• Kerosakan otak yang teruk.
Kecederaan kepala yang teruk boleh mengakibatkan kerosakan saraf yang kekal dan
kematian.
Kecederaan kepala juga boleh jadi berkaitan dengan kecederaan bahagian tubuh yang lain,
terutamanya leher.

Siapa yang berisiko tinggi mendapat kecederaan kepala?

Penunggang dan pembonceng motosikal adalah golongan yang paling berisiko terhadap
kecederaan kepala.
Kumpulan lain yang berisiko tinggi ialah
• Pengguna jalanraya
• Pekerja-pekerja binaan
• Ahli sukan tempur dan aktiviti lasak.

Bagaimana mengesan keadaan kecederaan kepala?

Pesakit yang ada kecederaan kepala mungkn menunjukkan tanda/gejala berikut:

• Terlibat dalam kemalangan atau kecederaan pada masa lalu
• Bengkak atau luka pada kulit kepala
• Sakit dan pening kepala
• Kabur pandangan
• Muntah
• Hilang ingatan
• Sawan
• Tahap kesedaran berkurangan/pengsan

Bagaimana mengesan kecederaan kepala yang serius?

Jika pesakit mengalami salah satu daripada tanda-tanda seperti berikut, kecederaan kepala
yang serius mungkin berlaku:
• Tahap kesedaran yang berkurangan
• Mengantuk yang teramat sangat
• Muntah yang berpanjangan
• Sakit kepala yang teruk
• Tidak mampu menggerakkan tangan atau kaki dan berkurangan deria sentuhan
• Tidak dapat bercakap dengan betul
• Penglihatan semakin kabur

Bagaimana saya boleh membantu orang yang mengalami kecederaan?

Sesiapa yang disyaki ada mengalami kecederaan kepala mestilah dibawa segera ke
kemudahan kesihatan (hospital/klinik).
Di tempat kejadian, alihkan mangsa ke kawasan yang lebih selamat. Angkat mangsa dengan
cermat bagi mengelakkan kecederaan lebih teruk. Jika pesakit itu tidak sedarkan diri, anggap
mangsa mengalami kecederaan di leher. Gunakan alat penyokong leher atau ikat mangsa ke
papan yang keras.Ketika diangkat, gunakan ‘splint’ untuk mengelakkan pergerakan bahagian
tubuh yang cedera.
Rawatan kecemasan mungkin diperlukan. Lakukan pertolongan cemas sementara menanti
petugas yang terlatih tiba.
Apakah masalah lain yang berlaku akibat kecederaan kepala?

Kesan kecederaan kepala bergantung kepada keterukan kecederaan yang dialami.
Bagi konkusi otak (tidak sedarkan diri dalam tempoh singkat selepas berlakunya kecederaan
kepala), kebanyakan pesakit pulih sepenuhnya selepas beberapa jam atau hari.
Bagi kecederaan kepala yang teruk seperti yang melibatkan pendarahan bahagian dalam otak,
pesakit mungkin pulih dengan mengalami ketidakupayaan kekal, malah boleh menyebabkan
kematian.
Bagaimana saya boleh mencegah kecederaan kepala?

1. Elakkan kemalangan
2. Untuk mengelakkan kecederaan akibat kemalangan jalanraya:

  • Sentiasa gunakan peralatan keselamatan apabila menggunakan kenderaan:

i)  Motosikal – pakai topi keledar dengan betul.

ii) Kereta – pakai tali pinggang keledar.

  • Sentiasa patuhi peraturan jalan raya demi keselamatan semua.

3. Bagi pekerja-pekerja binaan:

  • Pakai topi keselamatan setiap masa
  • Sentiasa patuhi peraturan-peraturan keselamatan di tempat kerja.

Kumpulan Sokongan.
http://www.e-medicine.com
http://www.trauma.org
Semakan Akhir : 28 April 2008