KECEDERAAN

Kecederaan adalah salah satu punca masalah perubatan yang sering berlaku. Ia melibatkan
semua kumpulan umur dan menjadi antara penyebab utama kemasukan ke hospital kerajaan
serta penyebab kematian di negara kita.
Kecederaan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kecederaan akibat kemalangan
yang tidak disengajakan disengajakan dan kecederaan yang disengajakan.

Penyebab utama kecederaan disebabkan oleh kemalangan yang tidak disengajakan ialah :

• Kemalangan jalan raya
• Terjatuh
• Keracunan
• Terbakar
• Tenggelam dalam air

Penyebab utama kecederaan yang disengajakan ialah:
• Pergaduhan/diserang/jenayah keganasan dan pembunuhan
• Mencederakan diri sendiri seperti cuba membunuh diri

Kecederaan Kepala

Trauma dikepala boleh mengakibatkan kecederaan otak akibat dari:
• Hentakan yang kuat secara langsung
• Hentakan yang kuat secara tidak langsung
Kebanyakan kecederaan kepala adalah kecederaan ringan. Tetapi kecederaan kepala yang
teruk mengakibatkan
• Kecederaan otak yang teruk apabila berlaku pendarahan dalam otak
• Bengkak pada tisu otak
• Kerosakan otak yang teruk.
Kecederaan kepala yang teruk boleh mengakibatkan kerosakan saraf yang kekal dan
kematian.
Kecederaan kepala juga boleh jadi berkaitan dengan kecederaan bahagian tubuh yang lain,
terutamanya leher.

Siapa yang berisiko tinggi mendapat kecederaan kepala?

Penunggang dan pembonceng motosikal adalah golongan yang paling berisiko terhadap
kecederaan kepala.
Kumpulan lain yang berisiko tinggi ialah
• Pengguna jalanraya
• Pekerja-pekerja binaan
• Ahli sukan tempur dan aktiviti lasak.

Bagaimana mengesan keadaan kecederaan kepala?

Pesakit yang ada kecederaan kepala mungkn menunjukkan tanda/gejala berikut:

• Terlibat dalam kemalangan atau kecederaan pada masa lalu
• Bengkak atau luka pada kulit kepala
• Sakit dan pening kepala
• Kabur pandangan
• Muntah
• Hilang ingatan
• Sawan
• Tahap kesedaran berkurangan/pengsan

Bagaimana mengesan kecederaan kepala yang serius?

Jika pesakit mengalami salah satu daripada tanda-tanda seperti berikut, kecederaan kepala
yang serius mungkin berlaku:
• Tahap kesedaran yang berkurangan
• Mengantuk yang teramat sangat
• Muntah yang berpanjangan
• Sakit kepala yang teruk
• Tidak mampu menggerakkan tangan atau kaki dan berkurangan deria sentuhan
• Tidak dapat bercakap dengan betul
• Penglihatan semakin kabur

Bagaimana saya boleh membantu orang yang mengalami kecederaan?

Sesiapa yang disyaki ada mengalami kecederaan kepala mestilah dibawa segera ke
kemudahan kesihatan (hospital/klinik).
Di tempat kejadian, alihkan mangsa ke kawasan yang lebih selamat. Angkat mangsa dengan
cermat bagi mengelakkan kecederaan lebih teruk. Jika pesakit itu tidak sedarkan diri, anggap
mangsa mengalami kecederaan di leher. Gunakan alat penyokong leher atau ikat mangsa ke
papan yang keras.Ketika diangkat, gunakan ‘splint’ untuk mengelakkan pergerakan bahagian
tubuh yang cedera.
Rawatan kecemasan mungkin diperlukan. Lakukan pertolongan cemas sementara menanti
petugas yang terlatih tiba.
Apakah masalah lain yang berlaku akibat kecederaan kepala?

Kesan kecederaan kepala bergantung kepada keterukan kecederaan yang dialami.
Bagi konkusi otak (tidak sedarkan diri dalam tempoh singkat selepas berlakunya kecederaan
kepala), kebanyakan pesakit pulih sepenuhnya selepas beberapa jam atau hari.
Bagi kecederaan kepala yang teruk seperti yang melibatkan pendarahan bahagian dalam otak,
pesakit mungkin pulih dengan mengalami ketidakupayaan kekal, malah boleh menyebabkan
kematian.
Bagaimana saya boleh mencegah kecederaan kepala?

1. Elakkan kemalangan
2. Untuk mengelakkan kecederaan akibat kemalangan jalanraya:

  • Sentiasa gunakan peralatan keselamatan apabila menggunakan kenderaan:

i)  Motosikal – pakai topi keledar dengan betul.

ii) Kereta – pakai tali pinggang keledar.

  • Sentiasa patuhi peraturan jalan raya demi keselamatan semua.

3. Bagi pekerja-pekerja binaan:

  • Pakai topi keselamatan setiap masa
  • Sentiasa patuhi peraturan-peraturan keselamatan di tempat kerja.

Kumpulan Sokongan.
http://www.e-medicine.com
http://www.trauma.org
Semakan Akhir : 28 April 2008

~ by jkkpphkbangi on July 12, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: