PENYAKIT ASMA BERKAITAN PEKERJAAN

Pengenalan

Racun Makhluk Perosak adalah bahan yang digunakan untuk memusnah dan mengawal
serangga atau tumbuhan perosak. Contoh racun makhluk perosak ialah racun parakuat,
organofosfat, organoklorin, glifosat dan karbamat. Racun makhluk perosak berguna untuk
mengawal makhluk perosak dan meningkatkan penghasilan pertanian tetapi ia juga berbahaya
kepada manusia.

Bagaimana keracunan boleh berlaku?

Seseorang boleh terdedah kepada keracunan racun makhluk perosak melalui 3 cara:

1. Tertelan makanan atau minuman yang dicemari racun makhluk perosak.
2. Sentuhan kulit dengan racun makhluk perosak.

PenyakitTemplate_clip_image002_0019

3. Terhidu racun makhluk perosak.
Pekerja yang berisiko

PenyakitTemplate_clip_image004_0007

Siapakah pekerja yang berisiko?

Contoh pekerja yang berisiko adalah

  • Peladang/petani
  • Pekerja ladang/estet
  • Pekerja kilang racun makhluk perosak.

Gejala

Pendedahan kepada racun makhluk perosak boleh menyebabkan kecederaan kepada badan,
antaranya seperti berikut:

  • Kesan serta-merta seperti sakit kepala, loya, berpeluh, kulit merengsa dan kematian.
  • Kesan jangka masa panjang seperti tangan mengeletar, kelupaan, kurang daya ingatan, kurang daya tumpuan, kekuningan mata serta keletihan.

Komplikasi

Apakah yang paling teruk boleh terjadi akibat keracunan ini?

  • Kerosakan kekal fungsi ginjal (buah pinggang), hati, paru-paru dan saraf serta kemandulan.
  • Kematian.

Rawatan

  • Rawatan kecemasan perlu diberi serta merta untuk menyelamatkan nyawa mangsa.
  • Bawa mangsa terlibat ke tempat yang selamat yang mempunyai pengudaraan yang baik seperti kawasan lapang
  • Tanggalkan pakaian yang tercemar
  • Jangan cuba memaksa pesakit untuk muntah
  • Bersihkan bahagian tubuh atau anggota yang tercemar dengan racun makhluk perosak menggunakan air yang banyak selama 15-20 minit.
  • Hantarkan mangsa terlibat ke hospital dengan segera.
  • Jangan lupa, bawa bekas racun yang terlibat ke hospital bersama pesakit.

PenyakitTemplate_clip_image006_0004

PenyakitTemplate_clip_image010_0002

PenyakitTemplate_clip_image008_0002

Pencegahan keracunan racun makhluk perosak

Bagaimanakah saya boleh mencegah kejadian keracunan racun makhluk
perosak?

  • Pastikan anda tahu jenis racun makhluk perosak yang digunakan
  • Patuhi setiap arahan pengendalian racun makhluk perosak yang dibekalkan oleh pengeluar setiap masa
  • Amalkan teknik pengendalian yang selamat
  • Labelkan bekas racun makhluk perosak dengan betul
  • Simpan racun makhluk perosak di tempat yang berkunci dan berasingan dari barangbarang lain.
  • Jangan pindahkan racun makhluk perosak ke dalam bekas lain; gunakan bekas yang asal sahaja.
  • Jangan gunakan semula bekas racun makhluk perosak yang telah kosong.
  • Lupuskan semua bekas racun makhluk perosak yang kosong dengan menanam dalam tanah yang sesuai atau hantar kepada pihak tertentu yang dilantik.
  • Gunakan alat pelindung diri yang sesuai dengan cara yang betul.

Apakah amalan pengendalian yang selamat?

  • Memakai pakaian dan peralatan pelindung diri yang sesuai.
  • Sentiasa menggunakan sarung tangan semasa membancuh racun makhluk perosak.
  • Jangan makan, minum atau merokok semasa mengendalikan racun.
  • Semburan racun makhluk perosak mestilah menurut arah angin.
  • Basuh bahagian badan yang terdedah SEGERA dan mandi selepas setiap kali mengendalikan racun

Apakah pakaian yang sesuai dan selamat semasa mengendalikan racun makhluk perosak?

  • Baju berlengan panjang dan seluar panjang.
  • Topi
  • Apron plastik
  • Kasut/but keselamatan
  • Sarung tangan getah
  • Topeng muka
  • Kacamata pelindung mata

Notifikasi

PenyakitTemplate_clip_image016_0001Mengikut Peraturan 2004, Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (Notifikasi Kemalangan, Kejadian Berbahaya,
Keracunan dan Penyakit Pekerjaan), adalah menjadi tanggung jawab:

  • Majikan
  • Pengamal perubatan yang merawat

Untuk notifikasi penyakit pekerjaan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan.

Alamat perhubungan

Untuk mendapat maklumat lanjut, sila hantar e-mel ke alamat ohealth@dph.gov.my

Untuk mendapat maklumat lanjut mengenai keracunan, sila layari laman web Pusat Racun
Negara

Semakan Akhir : 28 April 2008

~ by jkkpphkbangi on July 12, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: