Minit Mesyuarat Bil 1/2009

MINIT MESYUARAT AHLIJAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KEBAKARAN PUSAT PENYELIDIKAN HILIRAN KOKO, LEMBAGA KOKO MALAYSIA BANGI BIL 1/2009

Tarikh   :   29 Januari 2009

Masa       :   3.00 petang

Tempat  :   Bilik Seminar, PPHK Bangi

Hadir               :

En. Fisal Ahmad                                        –           Pengerusi

Pn. Rosni Rejab                                          –           Timbalan Pengerusi

En. Purnomo Sunarto                              –           Setiausaha

Pn. Hasnita Jaafar

En. Amirul Azri Azmi

En. Mohd Asyik Osman

En. Muhammad Nadzri Ibrahim

Cik Nor Haslita Ibrahim

En. Zaidi Zakaria

Cik Siti Azriena Azmi

Pn. Rasma Suzielawanis Ismail

En. Hasmadi Hassan

En. Mohd Hakim Sumeri

Tidak Hadir  (dengan maaf)    :

En. Mohammad Sazmi Selamat

Pn. Maizatul Azura Mohd. Yusof

Pn. Azila  Abdul Karim

Pn. Nur Azilah Abdullah

Pn. Suhana Mohd. Shariff

Agenda

1.0 Ucapan Pengerusi

-                     Pengerusi mengalu-alukan ahli jawatankuasa yang hadir.

-                     Pengerusi membuat pembentangan/penerangan bagi setiap unit    yang telah dirangka serta tanggungjawap setiap ahli.

2.0 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu.

Pn. Hasnita telah mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong oleh En. Zaidi.

3.0 Isu-isu berbangkit.

a. Isu Parking Kenderaan

Jawatankuasa juga akan merujuk kepada TNB berkenaan status meletakkan kenderaan di hadapan bangunan janakuasa TNB.

Tindakan : Pengerusi dan Zaidi

Diputuskan juga dikuatkuasa kepada kenderaan yang tidak mempunyai stiker LKM tidak akan dibenarkan masuk ke kawasan PPHK Bangi.

Tindakan : Pengerusi dan Zaidi

b. Fire Drill

‘SOP’ untuk ‘Fire drill’ telah siap dan akan dijalankan mengikut jadual, En. Nadzri dan ahlinya akan berhubung dengan pihak bomba untuk membuat perbincangan serta mendapatkan tarikh yang sesuai untuk menjalankan aktiviti ‘fire drill’.

Tindakan : En. Nadzri

c. Papan Kenyataan/aktiviti

Papan kenyataan keselamatan telah disediakan oleh pihak pengurusan, pengerusi meminta semua unit berhubung dengan unit perhubungan untuk membuat pengisian yang berkaitan dengan aktiviti pasukan keselamatan dan kebakaran PPHK Bangi.

Tindakan : Unit Perhubungan dan semua unit

4.0 Ringkasan takwim sepanjang tahun 2009

Suku pertama   – Jan hingga April 2009

-           Mesyuarat Pertama

-           Aktiviti Kecemasan

-           ’Fire Drill’

-           Pelan tindakan keselamatan

Suku Kedua     – Mei hingga Ogos 2009

-           Mesyuarat kali ke dua

-           Keselamatan Bangunan

-           Taklimat JKKP

-           Audit JKKP

Suku Ketiga     – Sept hingga Disember

-           Mesyuarat ketiga

-           Keselamatan Bahan Kimia

-           Minggu Keselamatan

-           ’Spring Cleaning’

-           Mesyuarat Post Moterm

5.0 Lain Lain hal.

-                     En. Nadzri menyarankan agar setiap ahli mematuhi undang-undang serta menjadikan unit keselamatan dan kebakaran sebagai teladan dan contoh yang baik.

-                     Pengerusi juga mengeluarkan hasrat agar pada hujung tahun ini, pasukan keselamatan akan menerbitkan buku keselamatan dan kebakaran PPHK Bangi yang merangkumi peraturan Am, ’SOP Fire Drill’, Pelan tindakan keselamatan, Keselamatan Bangunan, Keselamatan Bahan Kimia, ’First Aid dan sebagainya.

-                     Pengerusi juga akan menghantar ahli-ahli untuk menjalankan latihan berkaitan dengan teknik menyelamat dan latihan paramedik.  

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 5.00 petang.

Disediakan Oleh

Purnomo Sunarto

Setiausaha

Jawatankuasa Keselamatan  Keselamatan dan Kebakaran PPHK Bangi

Disemak Oleh

Fisal Ahmad

Pengerusi

Jawatankuasa Keselamatan  Keselamatan dan Kebakaran PPHK Bangi

About these ads

~ by jkkpphkbangi on July 15, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: